INFO TERKINI
Divine Fire L100 Baru Eudemons Baru Pakaian Kasual Baru Misi (Quest) Baru Klien Versi Terkini 3100 Tunggangan (Mount) Baru Senjata Jiwa Baru
SERVER TIME Loading...
BM EN

LIVE EVENT

Poster Event

Officialt Server Eudemonia 1 Februari 2026

Lihat Detail

Terma & Syarat

Dengan mendaftar akaun dan bermain di Eudemonia Online, anda secara automatik bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan di bawah.

1. Hak Milik Maya

Semua akaun, watak, item, Poin Jin (EP), dan Eudemons di dalam permainan ini adalah hak milik mutlak Eudemonia Online. Pemain hanya diberikan lesen untuk menggunakannya. Kami berhak mengubah, memadam, atau menetapkan semula (Wipe) data jika perlu tanpa notis.

2. Polisi Pemulangan Wang (No Refund Policy)

Sebarang sumbangan wang ringgit atau pembelian Poin Jin (EP) melalui saluran rasmi (FPX/WhatsApp) dianggap sebagai SUMBANGAN (Donation) untuk kos penyelenggaraan pelayan. Tiada sebarang pemulangan wang (Refund) akan dilayan atas apa jua alasan sekalipun setelah transaksi berjaya.

3. Penutupan Pelayan (Server Closure)

Walaupun kami berikrar untuk mengekalkan pelayan selama yang mungkin, kami berhak untuk menutup sementara atau selama-lamanya pelayan ini atas faktor teknikal, perundangan, atau kewangan tanpa pampasan kepada pemain.

4. Keselamatan Akaun

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerahsiaan ID Login, Kata Laluan, dan Security Code anda. Pihak pengurusan tidak akan memulangkan item yang dicuri akibat kecuaian anda berkongsi kata laluan (Account Sharing).